eKelas Sains dan Matematik Minggu 5
30 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniPada 29 Jun 2019, Sabtu yang lepas, seramai 21 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tahun 6, Tingkatan 1 sehinggalah Tingkatan 5 telah menghadiri kelas Matematik dan Sains yang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Kg. Bandong.
Kelas tersebut bermula pada pukul 10:20 pagi dan berakhir pada pukul 6:00 petang mengikut jadual yang telah ditetapkan. Setiap selesai sesi pembelajaran, para pelajar akan membuat aktiviti berkumpulan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: